Sunday, April 18, 2010

Nasi Lemak Power!



Nasi Lemak merupakan makanan tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Nasi Lemak yang sedap biasanya terletak pada sambalnya ikan bilisnya. Di Taman Universiti terdapat banyak orang yang menjual Nasi Lemak tetapi terdapat seorang makcik yang popular kerana Nasi Lemaknya dikenali dan digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak kira Melayu, Cina mahupun India di sekitar taman ini.

Lokasi perniagaan beliau terletak di Jalan Kemuliaan berdekatan dengan simpang tiga untuk ke Sekolah Taman Universiti. Beliau mula berniaga seawal pukul 7.00 pagi sehingga nasi lemaknya habis..hehehe. Biasanya sebelum pukul 12 tengah hari perniagaanya telah selesai. Harga jualan nasi lemak serendah RM 1.00 tapi jangan lupa mintak sambal lebih sket.

Tahukah Saya Bagaimana Menyediakan Nasi Lemak

Resepi Nasi Lemak (tapi ini bukan resepi makcik ni punya)

Bahan Untuk nasi lemak:
2 cawan Beras
2 ulas bawang merah kecil(dimayang)
garam secukup rasa
1 inci halia
sedikit halba
Sebatang serai(dititk)
2 helai daun pandan
santan pekat
air masak bahan untuk sambal tumis ikan bilis
Bahan A:
1 labu Bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
cili kering

Bahan B:
ikan bilis (goreng)
sedikit ikan bilis tumbuk
bawang besar (mayang)
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
sedikit air

Cara:
Untuk membuat nasi lemak. Cuci bersih beras dan seeloknya direndam selama 1 jam sebelum dimasak untuk menjamin keempukan nasi. Kemudian campurkan semua bahan uuntuk mambuat nasi lemak dan tanak nasi seperti biasa.

Untuk membuat samabl tumis ikan bilis. Tumis semua bahan A kedalam minyak masak. Setelah naik bau masukkan sedikit air dan air asam jawa. Kemudian masukkan sedikit ikan bilis goreng yang telah ditumbuk dan juga bawang besar yang sudah dimayang berserta garam dan gula secukup rasa.Apabila bahan semua sudah mmasak, akhir sekali masukkan ikan bilis goreng.

Cadangan Hidangan:
boleh dimakan bersama kacang goreng, timun, telur rebus, ayam goreng atau apa sahaja lauk yang anda gemari,

Tambahan:
ikan bilis dalam sambal tumis anda akan lebih rangup apabila ia dimasukkan setelah api ditutup dan semua bahan sudah masak. Ini untuk mengelak buih (bubble)sambal dari menghilangkan kerangupan ikan bilis.

ehsan dari mesra.net

1 comments:

Unknown said...

knape lak x leh request sambal lebih???mkck tu x kasik ke?xpon penulis blog ni yg sj xkasik...hahaha

Post a Comment