Wednesday, April 28, 2010

Bumi



Bumi adalah merupakan rumah kepada jutaan spesis yang hidup. Bumi dikatakan telah wujud kira - kira 4.54 bilion tahun. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera. Jarak antara bumi dengan matahari 149.6 juta kilometer.

Tahukah Saya bumi mempunyai berapa benua?

Benua merupakan tanah daratan yang sangat luas di atas muka bumi dan setiap benua mempunyai beberapa buah negara yang bersekutu. Terdapat 7 benua iaitu:-

1. Afrika
2. Amerika Selatan
3. Amerika Utara
4. Antartika
5. Asia
6. Eropah
7. Oceania

Tahukah Saya said : Bumi-putera.

Tuesday, April 27, 2010

Bomba



"Tolong!..Tolong!..Api!...Api!"

Itulah biasa ungkapan yang kita selalu dengan ketika berlaku kebakaran. Kebanyakan kebakaran yang berlaku sebenarnya boleh dicegah jikalau langkah keselamatan diambil bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Antara barangan yang mudah terbakar seperti kertas, kayu dan sebagainya. Jika kita sedang memasak elakkan daripada meninggalkan dapur dan elakkan meletakkan barangan mudah terbakar berhampiran dengan punca api.

Kebakaran juga boleh berpunca daripada arus eleletrik. Elakkan menyambung peralatan elektrik melalui satu punca soket sahaja ini kerana akan membebankan penggunaan arus eletrik.Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus. Periksa keadaan wayar eletrik jika ada yang terkoyak hendaklah diganti dengan SEGERA.

Tahukah Saya bilakah bomba bertapak di Malaysia?

1883 - Penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan dilelakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.

1946 - Pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraaskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

1976 - Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

1977 - Penyatuan perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka.

1981 - Perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.

1997 - Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.

1998 - Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba. Pada tahun 2005 pula, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.

Tahukah Saya said : rumah terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba - lumba

Sunday, April 25, 2010

Storm Readers Di Zon Selatan




Pelancaran Storm Readers Cawangan Zon Selatan telah dilancarkan pada 24 April 2010. Antara tetamu VIP yang dikenalpasti hadir antaranya Ustaz Dr Zahazan dan Dr Irfan Khairi. Banyak tips - tips yang berguna dalam menjalankan perniagaan secara manual mahupun secara online. Apa yang dapat disimpulkan daripada pertemuan kali ini:-

kalau anda inginkan dunia mestilah dengan ilmu
kalau anda inginkan akhirat mestilah dengan ilmu
kalau anda inginkan kedua - duanya sekali mestilah juga dengan ilmu


Tahukah saya : ilmu pelita hidup

Friday, April 23, 2010

Salt



Salt is a substance that gives a salty taste to food. It is avaible in fine or coarse form and is added foof or is a hidden ingredient in soy sauce, kecthup, cheese or salted fish. Salt is needed to control the balance of body fluids, maintain proper muscle and nerve control and help maintain normal blood pressure.

Tahukah saya reducing salt intake?

1. Use natural ingredients such as lime juice and spices.
2. Reduce the use of salt in cooking.
3. Limit salt intake to 1 teaspoon (6g) perday.

Thursday, April 22, 2010

Hari Jumaat



Dalam seminggu ada 7 hari dan hari yang paling mulia adalah Hari Jumaat yang merupakan penghulu segala hari. Banyak peristiwa penting yang telah berlaku pada hari tersebut antaranya Nabi Adam dicipta serta hari wafatnya Nabi Muhammad S.A.W.


Pada hari Jumaat burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain mengucapkan "Selamat...selamat hari yang baik".


Tahukah Saya Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Pada Hari Jumaat?

1. Berselawat & Berzikir
2. Bersedekah
3. Memotong Kuku
4. Menunaikan Solat Sunat
5. Doa Antara Dua Khutbah

tahukah saya said : cuba periksa kuku kita

Wednesday, April 21, 2010

Masa



Demi masa!.Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.(103:1-3)

Masa memainkan peranan dalam kehidupan manusia seharian hanya 2 perkara sahaja yang berlaku siang dan malam. Ianya berlalu dan terus berlalu dan berjalan dari hari ke sehari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan serta dari tahun ke tahun. Kadang - kadang kita merasakan tidak cukup masa dan masa yang berlalu begitu pantas tanpa kita menyedari.

Tahukah Saya Hadis Rasulullah Berkaitan Dengan Masa

1. Masa mudamu sebelum tua,
2. Masa sihatmu sebelum sakit
3. Masa lapangmu sebelum sibuk,
4. Masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin
5. Masa hidupmu sebelum mati.

tahukah saya said : marilah fikirkan ber$ama - $ama.

Tuesday, April 20, 2010

Maklumat Pemakanan



Makanan memainkan peranan penting untuk kelangsungan kehidupan manusia di dunia. Setiap makanan yang kita makan akan ditukarkan menjadi tenaga dan selebihnya akan menjadi bahan buangan. Kini terdapat pelbagai jenis makanan di pasaran sama ada makanan yang segar yang perlu di masak ataupun makanan segera yang telah sedia untuk dihidangkan.


Tahukah Saya Maklumat Yang Terdapat Dalam Setiap Bungkusan Makanan?

1. Nama Produk
2. Barcode
3. Alamat Pengilang
4. Kandungan Nutrisi
5. Ramuan
4. Cara Menyediakan
6. Don't Litter
7. Cop Dagangan HALAL
8. Tarikh Luput
9. Buatan Dari
10. Multi Language

tahukah saya said : Jangan buang sampah merata - rata selepas makan.

Monday, April 19, 2010

Hujan Oh Hujan



Sekarang ini langit selalu mendung diwaktu petang maka bermulalah episod baru iaitu HUJAN. Pepatah ada menyatakan "Sediakan Payung Sebelum Hujan" bermaksud setiap tindakan atau kerja yang dilakukan dengan penuh perhatian dan berhat- hati untuk mengelakkan kejadian yang buruk akan berlaku.

Tahukah Saya Bagaimana Hujan Terjadi?

“Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

Ketika musim panas permukaan laut, sungai dan tasik akan meruap dan gelembung - gelumbung air akan naik ke atas udara di atmosfera. Air yang terperangkap di udara akan membentuk lapisan awan proses ini berulang - ulang sehingga langit akan diliputi sepenuhnya dengan gumpulan awam.

Sehingga sampai ke satu tahap di mana air yang berada di dalam awan menjadi lebih berat dari udara ia akan jatuh ke bumi dan dikenali sebagai HUJAN.






tahukah saya said : Buah Mangga sedap dimakan jika dibuat jeruk

Sunday, April 18, 2010

Nasi Lemak Power!



Nasi Lemak merupakan makanan tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Nasi Lemak yang sedap biasanya terletak pada sambalnya ikan bilisnya. Di Taman Universiti terdapat banyak orang yang menjual Nasi Lemak tetapi terdapat seorang makcik yang popular kerana Nasi Lemaknya dikenali dan digemari oleh semua lapisan masyarakat tidak kira Melayu, Cina mahupun India di sekitar taman ini.

Lokasi perniagaan beliau terletak di Jalan Kemuliaan berdekatan dengan simpang tiga untuk ke Sekolah Taman Universiti. Beliau mula berniaga seawal pukul 7.00 pagi sehingga nasi lemaknya habis..hehehe. Biasanya sebelum pukul 12 tengah hari perniagaanya telah selesai. Harga jualan nasi lemak serendah RM 1.00 tapi jangan lupa mintak sambal lebih sket.

Tahukah Saya Bagaimana Menyediakan Nasi Lemak

Resepi Nasi Lemak (tapi ini bukan resepi makcik ni punya)

Bahan Untuk nasi lemak:
2 cawan Beras
2 ulas bawang merah kecil(dimayang)
garam secukup rasa
1 inci halia
sedikit halba
Sebatang serai(dititk)
2 helai daun pandan
santan pekat
air masak bahan untuk sambal tumis ikan bilis
Bahan A:
1 labu Bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
cili kering

Bahan B:
ikan bilis (goreng)
sedikit ikan bilis tumbuk
bawang besar (mayang)
minyak untuk menumis
sedikit air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
sedikit air

Cara:
Untuk membuat nasi lemak. Cuci bersih beras dan seeloknya direndam selama 1 jam sebelum dimasak untuk menjamin keempukan nasi. Kemudian campurkan semua bahan uuntuk mambuat nasi lemak dan tanak nasi seperti biasa.

Untuk membuat samabl tumis ikan bilis. Tumis semua bahan A kedalam minyak masak. Setelah naik bau masukkan sedikit air dan air asam jawa. Kemudian masukkan sedikit ikan bilis goreng yang telah ditumbuk dan juga bawang besar yang sudah dimayang berserta garam dan gula secukup rasa.Apabila bahan semua sudah mmasak, akhir sekali masukkan ikan bilis goreng.

Cadangan Hidangan:
boleh dimakan bersama kacang goreng, timun, telur rebus, ayam goreng atau apa sahaja lauk yang anda gemari,

Tambahan:
ikan bilis dalam sambal tumis anda akan lebih rangup apabila ia dimasukkan setelah api ditutup dan semua bahan sudah masak. Ini untuk mengelak buih (bubble)sambal dari menghilangkan kerangupan ikan bilis.

ehsan dari mesra.net

Thursday, April 15, 2010

1 Malaysia




Satu Malaysia slogan kepimpinan yang mula diperkenal oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Idea penubuhan ini lahir untuk mewujudkan 1 bangsa Malaysia tanpa mengira bangsa tanpa

Satu Malaysia atau '1Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia , . Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.[1]

Malaysia



Malaysia sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang mengalami iklim khatulistiwa sepanjang tahun. Ianya terdiri daripada 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (terdiri daripada 3 daerah) yang dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di Jalur Gemilang.

Negeri
1. Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
2. Kedah Darul Aman (Alor Setar)
3. Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
4. Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
5. Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
6. Pahang Darul Makmur (Kuantan)
7. Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
8. Perlis Indera Kayangan (Kangar)
9. Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
10. Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
11. Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
12. Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
13. Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)

Wilayah Persekutuan
1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2. Wilayah Persekutuan Labuan
3. Wilayah Persekutuan Putrajaya