Tuesday, April 27, 2010

Bomba



"Tolong!..Tolong!..Api!...Api!"

Itulah biasa ungkapan yang kita selalu dengan ketika berlaku kebakaran. Kebanyakan kebakaran yang berlaku sebenarnya boleh dicegah jikalau langkah keselamatan diambil bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Antara barangan yang mudah terbakar seperti kertas, kayu dan sebagainya. Jika kita sedang memasak elakkan daripada meninggalkan dapur dan elakkan meletakkan barangan mudah terbakar berhampiran dengan punca api.

Kebakaran juga boleh berpunca daripada arus eleletrik. Elakkan menyambung peralatan elektrik melalui satu punca soket sahaja ini kerana akan membebankan penggunaan arus eletrik.Pastikan fius dan pemutus litar direka dan diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus. Periksa keadaan wayar eletrik jika ada yang terkoyak hendaklah diganti dengan SEGERA.

Tahukah Saya bilakah bomba bertapak di Malaysia?

1883 - Penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan dilelakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.

1946 - Pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraaskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

1976 - Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

1977 - Penyatuan perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka.

1981 - Perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.

1997 - Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.

1998 - Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba. Pada tahun 2005 pula, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.

Tahukah Saya said : rumah terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba - lumba

0 comments:

Post a Comment