Wednesday, April 28, 2010

Bumi



Bumi adalah merupakan rumah kepada jutaan spesis yang hidup. Bumi dikatakan telah wujud kira - kira 4.54 bilion tahun. Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera. Jarak antara bumi dengan matahari 149.6 juta kilometer.

Tahukah Saya bumi mempunyai berapa benua?

Benua merupakan tanah daratan yang sangat luas di atas muka bumi dan setiap benua mempunyai beberapa buah negara yang bersekutu. Terdapat 7 benua iaitu:-

1. Afrika
2. Amerika Selatan
3. Amerika Utara
4. Antartika
5. Asia
6. Eropah
7. Oceania

Tahukah Saya said : Bumi-putera.

0 comments:

Post a Comment