Tuesday, November 9, 2010

Gelisah kerana hutang

Abu Said al Khudri meriwayatkan pada suatu hari sewaktu Rasulullah s.a.w memasuki masjid didapati ada seorang lelaki Ansar yang bergelar Abu Umamah.

Rasulullah s.a.w berkata kepadanya; " Wahai Abu Umamah aku tidak melihat engkau melainkan waktu solat. "Beliau menjawab:"Aku bimbang memikirkan hutangku, ya Rasulullah."

Rasulullah kemudian bertanya: "Mahukah aku ajarkan kepadamu satu doa yang jika kamu amalkan maka Allah akan menghilangkan kebimbinganmu dan membantu melunaskan hutangmu?" Ia menjawab: "Sudah tentu ya Rasulullah!"

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Pada waktu pagi dan petang, bacalah ..



Maksudnya"
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dirundung sedia dan duka.
Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas.
Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir.
Aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang.

(Riwayat Abu Daud no.1557)

tahukahsaya said : selamat beramal

Monday, November 8, 2010

Freelance

Kami menyediakan perkhidmatan secara freelance bagi

1. Tenaga Pengajar


Bagi yang berminat kemahiran ICT seperti Ms Word, Ms Excel, Ms Power Point dan Publisher.


2. Komputer dan Rangkaian


Membaikpulih, menjual dan membuat rangkaian komputer


3. Rekabentuk Grafik


Merekabentuk kad, buku dan sebagainya

4. Merekabentuk laman web secara statik, dinamik ataupun blog


Untuk pertanyaan sila ajukan soalan diruangan komen

Kitab Sabil al Muhtadin

Pengenalan

Kitab Sabil al Muhtadin bab Korban, Akikah, Pemburuan, Sembelihan dan Pemakanan ini adalah sorotan himpunan permasalahan tentang 5 perkara tersebut hasil karangan Kiyai Al - Iman Al - Allamah Al - Hammam Al - Fahhamah Al Syeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah Al - Banjari yang telah di salin dan di susun semula oleh Ustaz Mohammad Haidzir Bin Hussin.

Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana fadilat dan implikasinya amat besar. Ia juga kemuncak tanda ubudiah kita kepada Allah Azzawajalla. Kefahaman yang mendalam mengenainya dapat meningkatkan kualiti ibadah kita kepada Allah.

Ibadat perburuan dan sembelihan pula tidak kurang pentingnya.Dua ibadat ini memainkan peranan penting bagi memastikan status halal dan haramnya haiwan sembelihan dan pemburuan. Sekiranya penyembelihan dan pemburuan tidak mengikut cara yang betul sebagaimana tuntutan syariat akan menyebabkan haiwan tersebut menjadi bangkai.

Bab pemakanan pula menjadi topik penting dikalangan masyarakat kita pada hari ini. Status halal atau haramnya sesuatu makanan mestilah berdasarkan pengetahuan syariat yang kukuh dan mantap sebagaimana yang telah digariskan oleh ulama - ulama silam


Harga Semenanjung Malaysia : RM 26.00
Harga Semenanjung Malaysia : RM 28.00

Harga Promosi : RM 25.00
Kos Pos Penghantaran : RM10.00

Penghantaran percuma bagi kawasan Skudai

Cara Pembayaran

Langkah 1:
Akaun Maybank 151306684865 (Wan Mohd Hazani Bin Wan Ibrahim)

Langkah 2:
Copy dan Pastekan transaksi pembayaran anda dan emailkan ke jky5222@gmail.com

Tuesday, November 2, 2010

Kalender Aktiviti Permohonan KPLI SR Ambilan Januari 2011

Iklan permohonan KPLI Ambilan Januari 2011.
10 Oktober 2010

Permohonan dibuka (Permohonan dibuat secara online).
Nombor PIN boleh didapati di Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
11 Oktober 2010

Permohonan ditutup.
(Pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup).
24 Oktober 2010

Semakan online nama calon yang berjaya menduduki Ujian MTeST.
08 November 2010

Ujian MTeST seluruh negara (Sila bawa Tiket Panggilan Ujian).
13 November 2010

Semakan online nama calon berjaya dipanggil temu duga.
Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri dan Helaian Pernyataan Hasrat melalui Internet).
03 Disember 2010

Temu duga KPLI Ambilan Januari 2011.
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga , Borang Butiran Diri dan Helaian Penyataan Hasrat yang dicetak melalui Internet yang telah dilengkapi).
13 hingga 24 Disember 2010

Semakan Tawaran calon berjaya ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
Calon boleh mencetak surat tawaran sementara melalui internet. Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri di IPG).
22 Januari 2011

Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru.
Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Berkursus di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan selepas mendaftar).
31 Januari 2011