Tuesday, November 9, 2010

Gelisah kerana hutang

Abu Said al Khudri meriwayatkan pada suatu hari sewaktu Rasulullah s.a.w memasuki masjid didapati ada seorang lelaki Ansar yang bergelar Abu Umamah.

Rasulullah s.a.w berkata kepadanya; " Wahai Abu Umamah aku tidak melihat engkau melainkan waktu solat. "Beliau menjawab:"Aku bimbang memikirkan hutangku, ya Rasulullah."

Rasulullah kemudian bertanya: "Mahukah aku ajarkan kepadamu satu doa yang jika kamu amalkan maka Allah akan menghilangkan kebimbinganmu dan membantu melunaskan hutangmu?" Ia menjawab: "Sudah tentu ya Rasulullah!"

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Pada waktu pagi dan petang, bacalah ..



Maksudnya"
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dirundung sedia dan duka.
Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas.
Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir.
Aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan orang.

(Riwayat Abu Daud no.1557)

tahukahsaya said : selamat beramal

0 comments:

Post a Comment