Wednesday, October 13, 2010

Soalan Dan Jawapan - Pegawai Teknologi Maklumatt F41

1. Apakah nama sistem pentadbiran Malaysia?
Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

2. Apakah komponen yang terdapat di dalam Sistem Parlimen?
Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi Kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat
Berikutan pilihan raya umum yang pertama selepas negara mencapai kemerdekaan, Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Pertama Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 11 September 1959 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Pada tarikh tersebut, Dewan Negara dan Dewan Rakyat buat julung-julung kalinya bersidang serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman. Aturan Urusan Mesyuarat yang pertama ialah pemilihan Yang Di-Pertua bagi kedua-dua Dewan tersebut. Ini diikuti oleh majlis mengangkat sumpah oleh kesemua 38 Ahli Dewan Negara dan 104 Ahli Dewan Rakyat.
Pada 16 September 1963, Malaysia telah terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi sebahagian daripadanya. Berikutan itu, nama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar kepada Parlimen Malaysia. Tarikh tersebut juga mencatat satu lagi sejarah penting apabila persidangan Parlimen diadakan di bangunan baharunya sendiri yang tersergam indah dalam kawasan Taman Tasik Perdana dengan keluasan 16.2 hektar.
Kini, keahlian Parlimen Kedua Belas bertambah kepada 70 ahli bagi Dewan Negara dan 222 ahli bagi Dewan Rakyat. Parlimen Malaysia akan terus menjadi institusi yang dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia dan akan terus menjadi lambang demokrasi berparlimen negara untuk selama-lamanya.

3. Siapakah ketua negara? Siapa ketua kerajaan?
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
Perdana Menteri

4. Ceritakan pengalaman kerja sebelum ini.


5. Please introduce yourself?

6. Apakah maksud Integriti dan Akauntabiliti?
INTEGRITI - berasal daripada daripada perkataan Latin "Integritas" yang bermaksud "tidak terjejas (unaffected), kukuh (intact), benar (upright) dan boleh diharapkan (reliable)".
AKAUNTABILITI - kebertanggungjawaban terhadap apa yang dipikul pada bahu seseorang (tugas, tanggungjawab, amanah) berdasarkan pegangan yang berintegriti
Secara ringkasnya, apa yang penting adalah setiap orang berpegang teguh kepada prinsip integriti dan akauntabiliti dalam kehidupan dan sewaktu menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Ia perlu difahami dan dibudayakan dalam diri setiap insan, agar kita menjadi insan yang terbaik dan dipercayai oleh semua orang.

7. Apa yang anda faham mengenai Cyber Law Act?
Undang-undang siber menerangkan mengenai isu-isu undang-undang berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian.

8. Jelaskan mengenai MSC.
MSC Malaysia is your gateway to growing profits in Asia's booming information and communications technology (ICT) markets. Modeled after Silicon Valley, it gives you the best of first-world knowledge and infrastructure, at developing-nation costs.
MSC Malaysia was conceptualized in 1996 and with the full support of the Malaysian government, MSC Malaysia has since grown into a thriving and dynamic global ICT hub.

MSC Malaysia's vision is to transform the nation into a knowledge based society driven by the new economy. With this commitment, MSC Malaysia is determined to spearhead this transformation through ICT via industry and capacity building and socio economic development. One of MSC Malaysia's key efforts has been to provide the necessary facilities and technical skills for local and foreign businesses through its flagship applications and business services that it offers within MSC Malaysia's capability development.

9. Apa itu e-Government? Berikan contoh.
E-government ini merupakan satu kegunaan yang dilaksanakan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, melalui Unit Pemodenan Tadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU). kerajaan dapat mengubah sistem perkhidmatann sektor awam yang dianggap tradisional kepada yang lebih moden, yakni daripada sistem manual kepada sistem elektronik. Pada masa yang sama, langkah ini dianggap dapat mengurangkan jurang digital dalam mengorak langkah yang baik ke arah dunia tanpa sempadan.
Contoh
Melalui e-government ini, segala pembayaran bil, semakan saman, hutang, dan sebagainya, dapat diketahui dengan mudah. Malah orang ramai dapat berurusan secara lebih berkesan bila-bila masa sahaja, selama 24 jam atau 7 hari dalam seminggu, begitu mudah sekali dan cepat. Tanpa perlu beratur atau berbaris di kaunter-kaunter bayaran, semakan dan sebagainya.
Dalam hal ini secara tidak langsung, ia dapat merungkai masalah yang berlaku dalam sistem penyampaian perkhidmatan. Ini kerana kita tidak perlu lagi beratur atau berbaris panjang di kaunter-kaunter untuk menjelaskan bil dan sebagainya.
Di samping itu, langkah yang dijalankan ini juga dapat mengurangkan kerenah birokrasi yakni dengan mempermudahkan dan memperkemaskankan lagi sistem dan aliran kerja, serta dapat memantapkan pentadbiran sektor awam.
10. What would you do to improve government services?
Mengurangkan karenah birokrasi & meningkatkan perkhidmatan ICT termasuk di di bandar, luar bandar dan kawasan – kawasan pendalaman Sabah & Sarawak.

11. Apakah peranan IT dalam bidang pertanian? (Mungkin akan tanya dalam bidang lain e.g: perikanan)


12. Berikan alasan kenapa anda ingin berkhidmat dengan kerajaan.
Pada mereka, kerjaya di sektor kerajaan atau awam lebih menjanjikan keselamatan, kesenangan dan memberi lebih banyak kemudahan berbanding sektor swasta.
Tambahan lagi, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai inisiatif baru serta pelabagai faedah tambahan ditawarkan kepada kakitangan awam dan kerajaan bagi menjamin masa depan yang lebih baik. Antaranya ialah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat, kemudahan perubatan, peningkatan jumlah pencen serta sistem pemberian wang pencen yang lebih pantas. Justeru, tidak hairan ramai orang yang berlumba lumba untuk menjawat jawatan kerajaan.
1. Sekuriti kerja
Sekuriti kerja dicari cari oleh semua orang yang inginkan makan gaji.Tambahan lagi, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerjaya di sektor swasta boleh membawa risiko tatkala syarikat berhempas pulas menghadapi kekangan kewangan. Akibatnya, banyak organisasi, samaada syarikat multinasional atau syarikat tempatan yang terpaksa gulung tikar. Malah, syarikat terkenal dan sebesar Lehman Brothers pun turut lingkup.
Tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh pekerja pekerja melainkan mengosongkan laci dan pejabat. Syarikat syarikat lain seperti General Motors (GM), Sony, Microsoft dan Google juga tidak terlepas dari penangan kegawatan ini.
Di sektor awam, jarang berlaku pembuangan pekerja walaupun ketika ekonomi merudum. Malah, sewaktu kemelesetan ekonomi, kerajaan pula yang terpaksa menyediakan peluang kerjaya yang lebih memandangkan kekurangan peluang di sektor swasta.
2. Faedah pencen
Ya, pencen. Kerja sampai umur persaraan wajib, dan kemudian nikmatilah faedah pencen hingga ke akhir hayat. Setiap bulan bila sampai masanya, wang pencen akan masuk ke dalam akaun bank seolah olah anda masih bekerja dengan kerajaan. Selain pencen yang berupa wang, ada faedah faedah lain yang menanti, seperti kemudahan rawatan dan juga penggunaan fasiliti di pejabat pejabat dan aset milik kerajaan.
Untuk yang bekerja di sektor swasta, kebanyakan tidak menerima imbuhan pencen tetapi mempunyai akaun KWSP atau EPF. Berbanding dengan wang pencen yang diberi setiap bulan, wang simpanan tabung KWSP akan diberi secara langsam kepada pesara. Bergantung kepada kebolehan pesara ini menguruskan dan mengendalikan kewangan, kehidupan mereka samaada akan menjadi baik, ataupun sebaliknya sebuah mimpi yang ngeri.
3. Gaji lumayan
Dulu ramai pekerja di sektor awam dan kerajaan yang mengeluh kerana gaji yang sedikit dan tidak kompetitif seperti di sektor swasta. Kini anda tidak akan lagi dengar keluhan sebegini kerana keadaan sudah menjadi sebaliknya. Kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji sebanyak dua kali dalam masa beberapa tahun yang lepas. Secara tiba tiba sahaja, ramai kakitangan kerajaan menjadi ‘orang kaya’ dan menerima limpahan kewangan yang berganda. Yang masih kurang cuma bonus tahunan tapi ini mungkin berubah dalam beberapa tahun akan datang.
Cuepacs, badan yang menaungi pekerja pekerja kerajaan tidak henti henti mengadakan rundingan serta mendesak kerajaan supaya terus menerus menaikkan imbuhan dan faedah faedah lain kepada kakitangan awam. Nantikan beberapa lagi pengumuman positif daripada pihak kerajaan dalam masa terdekat. Anda mungkin tersenyum lebar.
4. ‘Kerja tak sebanyak sektor swasta’
Walaupun ia hanyalah separuh mitos, ramai yang beranggapan kerja kerajaan lebih mudah daripada kerja di sektor swasta. Pada pendapat mereka, kerja kerajaan adalah kerja 8 pagi hingga 5 petang. Tidak lebih dari itu. Mereka tidak tahu bahawa terdapat sebilangan kecil pekerja yang terpaksa pulang lewat petang, malah membanting tulang sehingga malam atau dinihari untuk menyiapkan kerja.
5. Tak perlu fikir untung rugi
Tidak seperti syarikat swasta yang beroperasi dengan berpaksikan matlamat kewangan, jabatan kerajaan tidak perlu memikirkan untung dan rugi. Malah, segala bajet tahunan yang diberi kepada jabatan hendaklah digunakan sepenuh penuhnya. Jika bajet tidak habis digunakan, tahun depan bajet yang diberi akan berkurangan. Ini masalah! Jadi apa salahnya jika tahun ini kita anjurkan ‘kem’ di Langkawi atau di Bali. Maklumlah, bajet masih banyak. Inisiasif inisiatif seperti penjimatan perbelanjaan, jika ada, hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.





13. Apakah cabaran dan tindakan yg diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penggunaan ICT di seluruh negara?
Celik IT – memberi pendidikan kepada setiap lapisan masyarakat sama ada peringkat muda atau tua.
Kempen – melalui radio, tv, majalah, suratkhabar dan internet
Bantuan – bantuan kewangan dan derma serta rebet kepada para pelajar untuk pembelian komputer

14. Can you please hightlight the best point about you and convince us why we shuld take you?

15. Sanggupkah anda ditempatkan di tempat-tempat terpencil seperti di Bario (tempat Nuri terhempas)?
Sanggup

16. Berikan kesan sekiranya sesebuah projek gagal disiapkan dalam masa yg ditentukan?
Ekonomi – Kerugian oleh pihak kerajaan dari segi cukai dan kerajaan akan bertanggunjawab untuk membaik pulih kembali.
Sosial – kawasan tersebut mungkian akan menjadi sarang penagih dadah
Politik – pembangkang menggunakan sebagai isu politik

17. Jelaskan tentang Perolehan komputer, Pembelian komputer, dan Spesifikasinya.



18. Ceritakan mengenai K-Economy.
K-Ekonomi Tonggak Masa Depan Malaysia
27 February 2004 Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan atau Rancangan K-Ekonomi sebagai usaha meningkatkan pencapaian dan kemajuan Malaysia dalam alaf baru ini. Rangka rancangan ini sedang disiapkan dan dijangka selesai September ini dan akan dilaksanakan bulan berikutnya.

Malaysia perlu mempunyai Rancangan K-Ekonomi sebagai persiapan menghadapi ekonomi dunia yang lebih hebat dan mencabar. Pemilikan ekonomi berasaskan pengetahuan ini bukan terbatas kepada mana-mana pihak.

Dia adalah hak setiap individu. Pemilikan K-Ekonomi memberi kesan yang lebih hebat kepada setiap pemiliknya. Tanpa ilmu, ekonomi tidak dapat digerakkan. Menerusi K-Ekonomi, idea boleh dikembangkan hingga menjadi masyarakat pencipta. Rakyat Malaysia tidak boleh lagi menjadi pengikut dalam apa bidang sekali pun. Mereka seharusnya menjadi penggerak dengan menggembleng pengetahuan yang mereka miliki.

Dalam K-Ekonomi, penghormatan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai ilmu yang boleh menggerakkan ekonomi. Modal tidak boleh lagi dijadikan bahan utama dalam apa juga urusan dan perniagaan sekiranya tidak disertakan dengan pengetahuan. Inilah realiti dunia abad ini.

Malaysia sebagai sebuah negara membangun perlu berusaha memastikan negara menikmati pembangunan yang berterusan tanpa diganggu-gugat oleh perubahan pesat di negara lain khususnya di Barat. Pada masa akan datang Malaysia tidak boleh bergantung kepada kekuatan ekonomi yang berasaskan industri dan pengeluaran saja.

Kekuatan ekonomi dunia akan datang lebih bergantung kepada kemajuan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang luas.

Bagaimanapun kejayaan pelaksanaan Rancangan K-Ekonomi ini banyak bergantung kepada penyertaan yang menyeluruh daripada semua lapisan rakyat. Lagi ramai rakyat yang memahami dan menghayati rancangan ini maka semakin cepat pula Malaysia mencapai kemajuan yang dihasratkan.

K-Ekonomi sangat penting bagi masa depan Malaysia kerana negara harus menghadapi cabaran lebih hebat berikutan proses globalisasi yang sedang berlaku di dunia sekarang.

Malaysia tidak harus ketinggalan dalam hal ini dan perlu bersiap sedia menghadapinya.

Kekuatan politik, ekonomi dan sosial Malaysia banyak bergantung kepada pencapaian rakyat dan negara dalam K-Ekonomi yang memerlukan penguasaan kukuh ilmu khususnya teknologi maklumat. Urusan dan kegiatan ekonomi dunia pada masa akan datang pastinya banyak menggunakan teknologi maklumat (IT) dan siapa yang menguasainya akan meraih kejayaan dan kekuatan.

Di samping maju dan berjaya di bidang industri dan pertanian, Malaysia perlu juga maju dan berjaya dalam bidang IT yang merangkumi pelbagai sektor pembangunan negara. Kejayaan kerajaan melaksanakan projek Koridor Raya Multimudia (MSC) adalah langkah positif ke arah mencapai matlamat K-Ekonomi.

Kerajaan terpaksa merangka Pelan Pembangunan K-Ekonomi dari sekarang dengan membabitkan rakyat pelbagai lapisan.

Ini bertujuan memastikan pelaksanaan Rancangan K-Ekonomi benar-benar berkesan dan memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara. Kerajaan sedar masa depan negara akan terjejas jika Malaysia ketinggalan dalam kemajuan K-Ekonomi yang semakin dikuasai oleh negara maju.

Bagaimanapun jika kerajaan saja yang memberi tumpuan kepada masalah ini, kejayaan sukar dicapai. Seluruh rakyat perlu komited dan bertanggungjawab untuk sama-sama memajukan K-Ekonomi Malaysia supaya ia benar-benar utuh dan cemerlang. Untuk menikmati masa depan yang cerah, kekuatan K-Ekonomi adalah satu-satunya usaha berkesan yang dapat menjamin kesenimbungan kemajuan dan kesejahteraan negara ini.

Kerajaan boleh menyediakan pelbagai infrastruktur dan kemudahan yang diperlukan seperti yang ada di bandar baru Putrajaya dan Cyberjaya untuk menjayakan K-Ekonomi tetapi apa yang lebih penting ialah penyertaan rakyat daripada semua lapisan untuk menguasai pelbagai ilmu, kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan kegiatan K-Ekonomi supaya dapat menghasilkan kejayaan yang diharapkan.

Setiap rakyat perlu berusaha meningkatkan pencapaian mereka di bidang ilmu termasuk penguasaan beberapa bahasa utama dunia. Mereka seharusnya berusaha dari sekarang untuk memaju dan melengkapi diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan terutama IT. Negara perlu membuat pelaburan dalam rakyatnya dengan membekalkan ilmu pengetahuan dan mahiran yang tinggi.

Selari dengan usaha ini kerajaan kini turut memberi tumpuan kepada bidang pendidikan supaya dapat melahirkan ramai rakyat yang terpelajar dan berilmu untuk memajukan negara.

Rancangan memajukan K-Ekonomi akan diperkukuhkan lagi dengan memanggil pulang rakyat Malaysia cemerlang di luar negara untuk membantu meningkatkan pencapaian dan kejayaan K-Ekonomi.

Penggemblengan tenaga dari pelbagai peringkat penting untuk mewujudkan satu kuasa penggerak yang kental dan jitu bagi memastikan kejayaan yang diharapkan.





















Contoh Soalan Khusus:

1. Apa yang anda tahu mengenai Wireless LAN?
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WI-Fl ?
Wi-Fi merupakan kependekan kepada Wireless Fidelity di mana istilah ini telah diberikan secara rasmi oleh WECA ( Wireless Ethernet Compatibility Alliance ). Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpa wayar pada penghujung tahun 1998. Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalurlebar (broadband), titik capaian ( access point ) dan kad Wi-Fi yang diinstal didalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari Internet sama seperti rangkaian LAN biasa.

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN TITIK CAPAIAN ( ACCESS POINT ) ?
Titik capaian adalah merujuk kepada satu peranti elektronik kecil yang bertindak sebagai penghubung dengan kad Wi-Fi yang diinstal didalam komputer pengguna bagi membolehkan perpindahan data berlaku menerusi spesifikasi 802.11 di antara sumber jalurlebar seperti DSL atau kabel dengan komputer tersebut.

APAKAH YANG DI MAKSUDKAN DENGAN SPESIFIKASI 802.11 ?
802.11 adalah merujuk kepda spesifikasi teknikal keluarga pautan tanpa wayar LAN yang diberikan oleh IEEE ( Institute of Electrical and Electronic Engineers ). Teknologi Wi-Fi daikatakan tergolong dalam spesifikasi 802.11b yang membolehkan perpindahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 11 Mbps di dalam , jalur 2.4 GHz. Sementara itu, teknologi 802.11a pula adalah lanjutan kepada teknologi 802.11b dimana kelajuannya lebih pantas.Teknologi 802.11a membenarkan perpidahan data berlaku dalam kelajuan sehingga 54 Mbps di dalam jalur 5 GHz. Teknologi ini juga di kenali sebagai Wi-Fi5 oleh WECA.

APAKAH PERBEZAAN DIANTARA WI-FI DENGAN ETHERNET ?
Ethernet merupakan senibina LAN yang telah dibangunkan oleh Xerox Corp clan ianya merupakan kad antaramuka rangkaian yang digunakan dalam rangkaian LAN biasa. Sedangkan Wi-Fi pula adalah merupakan senibina LAN yang digunakan dalam persekitaran tanpa wayar. Ringkasnya, Ethernet digunakan dalam rangkaian LAN yang berwayar ( menggunakan kabel sepeti CAT5 untuk dihubungkan kejalurlebar ) manakala Wi¬Fi pula digunakan dalam rangkaian LAN tanpa wayar ( menggunakan kad Wi-Fi dan dihubungkan ke titik capaian yang seterusnya akan menghubungkan ke jalur lebar ).

APAKAH PERBEZAAN LAN DENGAN WLAN ?
LAN adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain dengan menggunakan wayar. MAN pula adalah merujuk kepada rangkaian komputer bagi kawasan setempat di mana setiap komputer dihubungkan antara satu sama lain tanpa menggunakan wayar. Konsep MAN adalah sama dengan LAN, misalnya dari segi penggunaan pelayan dan sistem pentadbiran. Bezanya, cuma dari segi medium iaitu MAN menggunakan gelombang radio manakala LAN menggunakan kabel untuk mentransmisikan data.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN WI-FI HOTSPOT ?
Wi-Fi Hotspot adalah merujuk kepada satu kawasan khas dimana titik capaian di sediakan bagi membolehkan pengguna dihubungkan ke Internet menerusi isyarat gelombang Wi-Fi. Biasanya, pengguna-pengguna ini menggunakan komputer jenis mudah alih seperti notebook. Pada masa ini, Wi-Fi Hotspot boleh di dapati di lapangan terbang, hotel, kafe-kafe utama seperti StarBucks Coffee dan tempat-¬tempat tumpuan umum seperti kompleks membeli-belah dan pusat rekreasi. Hubungan Wi-Fi ini boleh dilakukan dalam jarak sehingga 300 kaki dari lokasi Hotspot tersebut.

ADAKAH BLUETOOTH PESAING WI¬Fl ?
Tidak sama sekali. Sebenarnya kedua¬duanya adalah saling melengkapi antara satu sama lain dan mempunyai sasarannya tersendiri. Teknologi Wi-Fi digunakan untuk menggantikan sistem rangkaian wayar iaitu LAN yang sedia ada, biasanya pada komputer desktop clan notebook manakala Bluetooth pula digunakan dalam lingkungan PAN iaitu Personal Area Network di mana peranti-peranti khusus digunakan misalnya telefon mudah alih, pengimbas barkod dan PDA bagi menggantikan peranti yang menggunakan wayar. Walaupun secara logiknya kedua-dua teknologiini mungkin akan terganggu antara satu sama lain disebabkan jalur frekuensinya sama iaitu 2.4 GHz tetapi pada hakikatnya tidak.

Ini berdasarkan penyelidikan yang telah dilakukan oleh Bluetooth SIG dan IEEE menerusi teknik AFH ( Adaptive Frequency Hopping ) yang mendapati bahawa kedua¬duanya adalah bebas dari gangguan. Selain daripada itu, terdapat pembuat cip iaitu Cambridge Silicon Radio yang telah membangunkan satu cip yang menggabungkan kedua-dua teknologi ini.

Selain daripada itu, keupayaan audio juga berbeza di antara kedua-dua teknologi ini. Sebagai contoh, Ericsson telah membangunkan telefon mudah alih yang boleh memindahkan audio menerusi teknologi Bluetooth dari telefon ke headset tanpa menggunakan wayar. Sebaliknya dalam teknologi Wi-Fi, keupayaan audio adalah menerusi VOIP ( Voice Over IP ) di mana spesifikasi dan keperluannya adalah sama.seklai berbeza. Ini jelas menunjukkan kedua-dua teknologi ini mempunyai kelebihan masing-masing, mempunyai sasaran tersendiri dan yang lebih penting ialah bukannya bersaing antara satu sama lain. Penggunaan kedua-dua teknologi ini menunjukkan akan kepentingan sistem pautan tanpa wayar dalam dunia digital pada masa kini.

Penggunaan kedua-dua teknologi ini juga boleh dilihat dalam syarikat UPS ( United Parcel Service ) di mana pengimbas barkod mengimbas kod dengan menggunakan teknologi Bluetooth lalu data-data tersebut dihantar ke titik capaian MAN yang menggunakan teknologi W-Fl untuk dihubungkan ke cawangan-cawangan lain di seluruh dunia.

Kesimpulannya, teknologi pautan tanpa wayar ini ( merujuk kepada Bluetooth dan Wi-Fi ) memberikan banyak kelebihan atau kebaikan dalam aktiviti seharian. Antaranya:

• Kita sebagai pengguna boleh membuat kerja dengan melayari Internet di mana¬mana sahaja seperti di kafe-kafe atau tempat-tempat umum yang digelar sebagai hotspot. Ini adalah kerana adanya titik capaian untuk teknologi Wi-Fi disediakan. Teknologi Bluetooth pula memudahkan kita memindahkan atau berkongsi data antara notebook dan PDA. Ini sangat berguna ketika melakukan persembahan sesuatu projek atau laporan perancangan ketika mesyuarat di mana data-data perlu di kongsi dengan staf-staf yang lain.
• Dengan adanya kedua-dua teknologi ini, ia telah memudahkan mereka yang bekerja secara outstation dan di luar kawasan pejabat misalnya, di hospital dan di gudang.

• Penggunaan teknologi ini secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan kerja. Ini adalah kerana sesuatu perbincangan atau mesyuarat boleh dilakukan di tempat-tempat santai yang menyediakan sambungan tanpa wayar ini seperti Starbucks Coffee dan Schlotszky Deli.
• Teknologi Wi-Fi misalnya, menyediakan lebar jalur yang besar, oleh itu perpindahan data dapat di lakukan dengan pantas.
• Penyelenggaraan perkakasan juga mudah kerana tiada wayar atau kabel yang digunakan.

• Selain daripada itu, ia juga boleh mengurangkan TCO ( Total Cost of Ownership ) bagi syarikat-syarikat yang kecil yang tidak dapat menyediakan sistem rangkaian LAN di pejabatnya di mana mereka boleh menggunakan kemudahan sedia ada di kawasan hotspot.
• Dengan adanya teknologi ini, ia telah men masyarakat menggunakan peranti tanpa wayar misalnya, PDA dan telefon mudah alih.
2. Apakah perbezaan Backbone dan Star Topology?

3. Bagaimana hendak setup wireless LAN di sesebuah pejabat?
Kaedah 1
Line Internet
USB wireless
Access Point / Wireless Hub
View Wireless Channel > Pilih Wireless yang dikehendaki
Kaedah 2
Gunakan I.P adress
Pergi Network Properties > Masukkan I.P address, Sub Net Mask, Gateway
Masukkan DNS

4. Apakah tugas seorang PTM
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.

SKOP TUGAS

(a) Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di organisasi;

(b) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi;

(c) Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas;

(d) Mengurus dan menggembeleng beberapa projek ICT atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan; dan

(e) Memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.

TIGA (3) BIDANG PENGKHUSUSAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

I - PENGURUSAN ICT
(a) Perancangan Strategik ICT
Bertanggungjawab dalam mengenal pasti persekitaran bisnes semasa, mengenal pasti persekitaran ICT semasa, mengenal pasti hala tuju ICT serta menyediakan pelan tindakan untuk sesebuah organisasi.

(b) Pengurusan Projek
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai projek-projek ICT termasuk projek yang lebih kompleks, besar dan berbilang.

(c) Pengurusan Maklumat
Bertanggungjawab menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai dasar pengurusan maklumat
sesebuah organisasi.

II - PEMBANGUNAN SISTEM
(a) Analisis Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

(b) Reka Bentuk Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

(c) Pelaksanaan Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih kompleks untuk sesebuah organisasi.

(d) Penyelenggaraan Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras penyelenggaraan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks di dalam sesebuah organisasi.

(e) Dokumentasi Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.

III - KEPAKARAN TEKNIKAL
(a) Keselamatan ICT
i) Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi iaitu telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
ii) Menjalankan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
iii) Menjalankan kerja-kerja pengurusan insiden.
iv) Menjalankan kerja-kerja kesinambungan bisnes.
v) Menjalankan kerja-kerja pengurusan audit keselamatan ICT.
vi) Menggubal Dasar Keselamatan ICT organisasi.

(b) Pengurusan Pusat Data
i) Mereka bentuk Pusat Data.
ii) Melaksanakan tugas berkaitan urusan perolehan perkakasan, perisian dan lain-lain keperluan ICT.
iii) Menjalankan kerja-kerja operasi Pusat Data.
iv) Menjalankan kerja-kerja pengurusan kesinambungan bisnes termasuk Pemulihan Bencana (Disaster Recovery).
v) Menguruskan operasi Helpdesk.

(c) Pengurusan Rangkaian
i) Melaksanakan tugas-tugas mereka bentuk rangkaian dan telekomunikasi.
ii) Membangun dan melaksana rangkaian dan telekomunikasi.
iii) Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi.
iv) Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi.

(d) Pentadbiran Pangkalan Data
i) Mereka bentuk pangkalan data.
ii) Membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data.
iii) Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.
iv) Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.

(e) Keselamatan Data Maklumat dan Pemulihan Bencana
i) Melaksanakan kerja-kerja operasi keselamatan maklumat organisasi yang meliputi telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.

ii) Melaksanakan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi, kerja-kerja pengurusan insiden, pengurusan risiko, kesinambungan bisnes, pengurusan audit
keselamatan ICT, menggubal dan memperaku dasar pengurusan keselamatan maklumat organisasi serta penggunaan teknologi
pengurusan keselamatan maklumat organisasi.

5. Apakah jenis-jenis network topology?
Topologi Bas (Bus Topology)
Topologi Bintang (Star Topology)
Topologi Cincin (Ring Topology)

6. Berikan 2 contoh network topology dan nyatakan perbezaannya.
Topologi Bas (Bus Topology)
Topologi jenis ini bergantung sepenuhnya kepada satu kabel yang menjadi tunjang dan nadi utama kepada komputer-komputer dalam rangkaian ini. Biasa digunakan dalam persekitaran yang menggunakan kabel jenis Coaxial. Kabel-kabel ini mempunyai satu titik pemula serta titik penutup (terminator) yang dipasang pada tiap satu penghujungnya. Komputer peribadi, pelayan (server) serta pencetak dirangkaikan di antara dua titik ini.




Topologi Bintang (Star Topology)
Topologi jenis ini biasa digunakan dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server). Topologi rangkaian jenis ini biasanya menjadi pilihan untuk kegunaan maksimum dan pada tahap tertinggi. Syarikat besar dan multinasional, institut pengajian tinggi serta sektor pembuatan dan perkilangan amat sesuai menggunakan topologi jenis bintang.





Topologi Cincin (Ring Topology)
Topologi cincin kurang popular jika dibandingkan dengan topologi bas dan topologi bintang. Topologi jenis ini menyerupai sebuah bulatan atau cincin.
Dalam topologi jenis ini, setiap komputer amat bergantung antara satu sama lain. Jika sebuah komputer rosak atau bermasalah, maka keseluruhan rangkaian akan lumpuh dan tidak dapat berfungsi. Tapi, kos membangunkan topologi rangkaian jenis ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan topologi jenis lain.

7. Apakah pangkalan data apa yang baik?
Pengkalan data yang mempunyai jadual & atribuit data – data yang lengkap serta memudahkan untuk membuat query pengkalan data.

8. Terangkan maksud “normalization”.
Penormalan membolehkan kita mengurangkan/mengelak daripada berlakunya anomali2/kekalutan data dan juga keberulangan data apabila proses penambahan, penghapusan dan sebagainya berlaku dalam pangkalan data.

Penormalan melibatkan proses pemecahan table yang satu kepada beberapa table. Kalau semua data diletakkan dalam satu table, banyak data yang redundant(berulang). Ini membazir ruang.




9. Nyatakan peringkat-peringkat normalization.
Bentuk Tidak Normal
Pernomalan Peringkat 1
Pernomalan Peringkat 2
Pernomalan Peringkat 3
Pernomalan Boyy Code

10. Apakah fasa pembangunan sistem
– Aktiviti utama dlm pembangunan perisian
– Metodologi, paradigma, kaedah, teknik & alatan
– 5 paradigma pembangunan perisian
• Perancangan
• Analisa keperluan
• Rekabentuk sistem
• Implimentasi
• Verifikasi & validasi
• Operasi & penyenggaraan
“Bergantung kpd metodologi & piawaian yg digunakan”
11. Apakah perkakasan untuk ke internet di dalam sesebuah pejabat dan nyatakan fungsi-fungsinya.
Modem – untuk mendapatkan talian internet
Kabel – menghantar data dari moden kepada komputer
Network Card – perkakasan yang perlu ada untuk
Switch Hub – membahagikan talian internet 1 kepada beberapa port cth 8,16,24,32
Acess Point – untuk penghantaran data secara wireless
Usb Wireless – Mendapatkan line daripada acess point

12. Apabila sistem telah dibangunkan, apakah perkara yang penting bagi memastikan sistem berjaya.
Lakukan pengujian data/perisian untuk menentukan sistem berfungsi dengan sempurna


13. Jelaskan tentang black box dan white box,
Pengujian Black-Box
Menganggap perisian yang diuji sebagai kotak hitam iaitu penguji hanya perlu mengetahui kefungsian luaran tanpa mengetahui kod atau struktur algoritma dalam perisian tersebut. Penguji hanya perlu memahami keperluan pengguna dan menguji satu-persatu kefungsian perisian tersebut bagi memastikan setiap satunya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Pengujian White-Box
Pengujian terus terhadap algoritma dan struktur kod pengaturcaraan pada setiap hirarki pembangunan perisian. Setiap fungsi atau modul yang ditulis, diuji dan dianalisa bagi memastikan fungsi tersebut mengeluarkan hasil / output yang betul dan tepat.
Pengujian Grey-Box
Kaedah pengujian semakin diperbaiki dari masa ke semasa bagi memastikan pengujian terhadap perisian semakin relevan dan efisien. Pengujian grey-box bermaksud kombinasi pengujian antara kaedah white-box dan black-box. Penguji atau pengaturcara perlu melihat kefungsian sesebuah perisian luar dan dalam. Ini merupakan aktiviti yang kerap dilakukan oleh pengaturcara sekarang kerana menjimatkan masa, kos dan berstruktur.

14. Berikan contoh-contoh format image. (Mungkin akan tanya format lain e.g: movie, music, office etc).
Image = JPEG, TIFF, RAW, PNG, GIF, BMP
Audio = WAV, MP3, VOX, RAW, WMA, RA
Video = MKV, AVI, MPEG, MP4, 3GP, VOB, WMV, FLV, SWF, DivX, QT

15. Bezakan format-format image.
JPEG/JFIF
JPEG (Joint Photographic Experts Group) is a compression method; JPEG-compressed images are usually stored in the JFIF (JPEG File Interchange Format) file format. JPEG compression is (in most cases) lossy compression. The JPEG/JFIF filename extension in DOS is JPG (other operating systems may use JPEG). Nearly every digital camera can save images in the JPEG/JFIF format, which supports 8 bits per color (red, green, blue) for a 24-bit total, producing relatively small files. When not too great, the compression does not noticeably detract from the image's quality, but JPEG files suffer generational degradation when repeatedly edited and saved. The JPEG/JFIF format also is used as the image compression algorithm in many Adobe PDF files.
GIF
GIF (Graphics Interchange Format) is limited to an 8-bit palette, or 256 colors. This makes the GIF format suitable for storing graphics with relatively few colors such as simple diagrams, shapes, logos and cartoon style images. The GIF format supports animation and is still widely used to provide image animation effects. It also uses a lossless compression that is more effective when large areas have a single color, and ineffective for detailed images or dithered images.
BMP
The BMP file format (Windows bitmap) handles graphics files within the Microsoft Windows OS. Typically, BMP files are uncompressed, hence they are large; the advantage is their simplicity and wide acceptance in Windows programs.

16. Apakah perbezaan Prisma dan LCD?

17. Nyatakan perbezaan antara MIS dan EIS.

18. Nyatakan jenis-jenis Modem
Modem adalah singkatan bagi modulator-demolator. Ini adalah proses di mana isyarat berbentuk digital yang dihasilkan oleh komputer dialihkan kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantarkan menerusi talian telefon dan juga sebaliknya iaitu berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital. Apakah itu isyarat digital, analog serta perbezaan diantara keduanya?
Isyarat digital ialah isyarat yang mengandungi siri suis elektronik yang diwakili oleh ciri hidup dan mati, ciri hidupnya diwakili oleh angka 1, manakala ciri matinya pula diwakili oleh 0. Dengan penggunaan ciri ini serta kombinasi angkanyalah maka komputer mampu menghasilkan data berbentuk teks, grafik dan sebagainya.
Berlainan pula dengan isyarat berbentuk analog, ia adalah isyarat berbentuk gelombang bunyi melalui talian elektrik dan data serta maklumat dihasilkan berasaskan kekuatan gelombang serta tahap frekuensinya. Ringkasnya, modem berfungsi mengubahkan isyarat berbentuk 1 dan 0 tadi kepada isyarat berbentuk gelombang serta frekuensi begitu jugalah sebaliknya.
Modem biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu modem dalaman (internal modem), modem luaran (external modem), dan kad PC (PC card). Daripada ketiga jenis modem ini, jenis modem dalaman dan luaran digunakan pada persekitaran perkomputeran peribadi. Manakala jenis modem kad PC pula sering digunakan bersama komputer mudah-alih dan komputer buku.
Modem dalaman dari segi bentuk fizikalnya adalah berbentuk papan litar. Ia disambungkan serta dihubungkan dengan papan litar induk komputer peribadi menerusi slot penambah. Apa yang kelihatan untuk penglihatan anda cumalah bahagian belakangnya yang menyediakan soket sambungan kepada talian telefon.
Antara kelebihan yang dimiliki oleh modem jenis ini iaitu modem dalaman ialah ia tidak memerlukan sumber tenaga elektrik yang berasingan kerana sumber sedemikian akan datangnya daripada komputer peribadi. Ia sekaligus menyelesaikan masalah seperti pembaziran tenaga elektrik atau pun masalah seperti sering terlupa menutup suisnya. Ia juga membolehkan penjimatan ruang pada meja komputer anda berbanding dengan modem luaran yang selalunya memerukan sedikit ruang pada meja perkomputeran anda. Lazimnya jenis modem dalaman dari segi kos serta harganya adalah lebih murah berbanding dengan modem luaran.
Modem luaran pula adalah merupakan perkakasan yang tersendiri serta terasing daripada komputer peribadi anda. Ini sekaligus membolehkan anda menguruskannya secara berasingan. Antaranya termasuk kemampuan memutuskan capaian ke internet dengan menutup modem tanpa perlu menutup ataupun berinteraksi dengan program yang berkaitan dengannya pada komputer peribadi anda.
Selain daripada itu, modem luaran amat popular di kalangan pengguna kerana ia mempunyai lampu-lampu petunjuk serta isyarat yang membolehkan para pengguna mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh modem tersebut.
Modem jenis kad PC pula adalah modem yang kelazimannya digunakan bersama komputer jenis mudah-alih dan buku. Saiz kad ini adalah sama dengan saiz kad kreadit dan kebanyakannya adalah jenis kad PC yang memenuhi format kad PC2. Dengan menggunakan kad jenis ini, anda boleh membuat capaian ke internet dengan kaedah sambungan kepada talian telefon biasa di kediaman ataupun pejabat anda seperti mana yang digunakan dengan modem jenis dalaman atau luaran.
Namun, jika anda berada di dalam perjalanan serta tidak mempunyai talian telefon tetap serta kovensional, jangan bimbang, ini adalah kerana dengan menambahkan kabel khas kepada telefon mudah-alih ataupun bimbit anda. Capaian internet akan dapat dibuat. Mungkin masalah yang akan timbul ialah dari segi kualiti serta kemampuannya. Namun, kini sudah terdapat jenis-jenis modem yang menyokong persekitaraan seumpama ini. Ini adalah jenis-jenis modem yang dikenali sebagai modem yang menyokong rangkaian Paket Data Selular Digital. Dengan meluasnya penggunaan modem sedemikian, ia pastinya memberikan upaya mobilisasi yang besar kepada para pengguna.
Apabila memilih modem samada jenis dalaman, luaran dan kad PC yang kebiasaannya ditentukan mengikut keperluan, kehendak serta jenis komputer yang dimiliki, turut merupakan faktor penting serta kriteria utama apabila memilih modem ialah kelajuaannya. Kelajuannya diukur dalam kiraan bit persaat (I kilobit bersamaan dengan 1000 bit).
Kelajuan sesebuah modem adalah amat penting kerana ia akan menjadi antara faktor utama yang menentukan kelajuaan anda memindah-terima laman-laman web, menghantar e-mel dan sebagainya. Lebih laju jenis modem anda, lebih lajulah kerja anda dapat dilaksanakan. Tetapi, haruslah diingati bahawa turut terdapat faktor-daktor lain yang mampu melambatkan ataupun mempercepatkan kerja anda. Antaranya ialah jenis talian komunikasi serta trafiknya ataupun kemampuan komputer induk yang menempatkan laman web tersebut.

19. Apakah yang faham mengenai LAN dan WAN?

20. Apa itu PCMCIA?

21. Apakah perbezaan antara IMAP dan POP3?
22. Adakah anda pernah mengoperasikan server? nyatakan platformnya?
23. Adakah bahasa pengaturcaraan yang anda tahu?
Pascal , C++, JAVA,

24. Terangkan perbezaan antara website dan portal.

25. Terangkan apa itu wireless dan jenis-jenisnya.

26. Mengapa siaran astro tidak jelas sewaktu hujan tetapi siaran tv lain seperti tv1, tv2, dan tv3 yang menggunakan analog jelas.
Kerana siaran astro menggunakan siaran satelit apabila hujan lebat turun ianya kan menganggu penghantaran gelombang data.

27. Apa itu SDLC dan berikan contoh-contohnya.
28. Apakah Virus yang terkini?


Tahukah Saya said : Baca Jangan Tak Baca

13 comments:

mrnoble said...

yup. betul tu. pastu kene tau isu2 semasa & bersedia utk memberi pendapat yg bernas :)

rosealley said...

mekaseh!!!sangat sangat membantu:)

kemuliaan said...

lain baca lain yg kuar...

Unknown said...

TQVM!!! :) Walaupun tak tau ape yg bakal keluar.. tapi post anda sgt membantu sy buat persediaan :)

MommyArsyad said...

Thanksss a lot.
Post awak ni sngat2 membantu saya membeuat persediaan temuduga PTM 29hb ni.

ABA said...

t kasih byk2.. info yg sangat berguna, semoga Allah berikan ganjaran atas kemurahan hati awak

ABA said...

t kasih byk2.. info yg sangat berguna, semoga Allah berikan ganjaran atas kemurahan hati awak

tintapena said...

Alhamdulillah. Mohon halal ilmu bermanfaat ini.

Anonymous said...

Subhanallah. Tengah cari jawapan kepada semua soalan. tiba jumpa blog ni. Alhamdulillah. Mohon halal ilmu ini ye. Terima kasih sangat.

Anonymous said...

Alhamdulillah dan Terima Kasih. Mohon Halal ilmu ini :-)

Unknown said...

alhamdulillah dan terima ksh byk2...mohon halal ilmu ini jgk..

Anonymous said...

Alhamdulillah..terima kasih byk tuan punya blog..terhutang budi sesangat..moga Allah murahkan rezeki tuan. Mohon halalkan ilmu ini

gerabak_mommy_umar said...

Alhmdllh jumpa sumber untuk temuduga.mohon share tuan punya blog semoga dupermudahkan segala urusan dan mohon halalkan ilmu

Post a Comment